Loading...
Friday, August 15, 2014

ZALIMNYA MANUSIA - BAYI DIBUANGKAN KE DALAM LONGKANG.


BLOG TAUHU SUMBAT

ZALIMNYA MANUSIA - BAYI DIBUANGKAN KE DALAM LONGKANG.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa zalimnya umat akhir zaman ini sanggup membuat dosa besar seumpama ini membunuh bayi yang tidak bersalah.. apa jenis manusia ini? atau mereka sememang 'binatang' sekadar dilahirkan sahaja sebagai manusia ! Jika sipelakunya sudah membuat dosa usahlah ditambah akan dosa yang sedia ada! Saranan kami ambillah langkah yang lebih prihatin memberikan bayi ini kepada orang lain kerana berapa ramai mereka yang menunggu cahaja mata... setidak-tidaknya letakkan bayi ini di masjid atau surau pasti ianya selamat, seandainya ibubapanya islam pasti terperlihara keislamannya bayi tersebut.

<!-- more -->
14/8/14 - MAYAT seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah longkang belakang deretan rumah teres kira-kira jam 9 pagi tadi di Taman Seri Sg Pelek,Sepang.Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata,mayat bayi yang dianggar dua kilogram itu telah dijumpai oleh penduduk di situ.Menurutnya lagi,hasil pemeriksaan awal ke atas mayat bayi yang berkulit cerah itu menemui kesan calar pada dahinya dipercayai terkena batu pada longkang.Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk disiasat. POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP