Loading...
Wednesday, August 20, 2014

Hans Isaac, Kenyataan Neelofa Jejaskan Imej Dan Reputasi Saya


ARTIS MELETOP

Hans Isaac, Kenyataan Neelofa Jejaskan Imej Dan Reputasi Saya



Disaat pelakon dan pengacara, Neelofa dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan kerabat sebuah negeri di Pantai Timur, pelakon Hans Isaac pula terkejut apabila pengacara program MeleTOP itu telah mengeluarkan kenyataan yang hubungan mereka telah putus di tengah jalan walaupun mereka tidak pernah mengumumkan sedang menjalinkan cinta sebelum ini.

Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac mengakui tindakan Neelofa mengeluarkan kenyataan sebegitu sedikit menjejaskan imejnya yang sedia maklum mengendalikan syarikat dalam bidang korporat.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini.

“Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,” ujar Hans Isaac kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya.

Dalam pada itu, Hans tidak menafikan atau mengiyakan mengenai gosip kononnya Neelofa dilamar kerabat diraja di sebuah negeri Pantai Timur, tetapi percaya khabar angin yang sering tersebar melibat selebriti selalunya benar.

"Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?," tegas Hans.




Namun jelas Hans, perasaan marahnya sudah reda dan tidak menafikan masih menyayangi Neelofa tetapi hanya sekadar rakan sahaja.
“Perasaan marah sudah semakin reda dan saya tidak bermusuhan dengan Neelofa. Kami masih lagi berkawan masih berkomunikasi seperti biasa. Ya memang saya akui perasaan sayang masih ada tetapi sekadar rakan sahaja tidak lebih dari itu.

“Kini saya hanya fokus dengan kerja harian yang sememangnya padat dan tidak mahu fikir soal peribadi yang menimpa diri sebelum ini. Memang kadang kala ada rasa sunyi tetapi saya tidak mahu perkara ini menyelubungi diri saya. Jadi ada sahaja aktiviti yang saya lakukan untuk elak perasaan tersebut timbul,” tambah Hans lagi.

Dalam pada itu, Hans dan pelawak terkenal Harith Iskander bakal mengarahkan semula teater Supermokh Restaging buat kali kedua selepas mendapat permintaan ramai dari pelbagai pihak. Pementasan Supermokh Restaging bakal berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan yang mengisahkan kehidupan bintang bola sepak legenda, Mokhtar Dahari.Selain Awie, ianya turut dibintangi oleh Maya Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP