Loading...
Tuesday, August 26, 2014

Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah


BLOG TAUHU SUMBAT

Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah

Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong. bharian.com.my. POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP