Loading...
Wednesday, August 13, 2014

Pembunuh Norazita Dihukum Mati - La Ode Ardi Rasila


BLOG TAUHU SUMBAT

Pembunuh Norazita Dihukum Mati - La Ode Ardi Rasila

 
KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya, Norazita Abu Talib, hari ini, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan tersebut terhadap lelaki warga Indonesia bernama La Ode Ardi Rasila itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

<!-- more -->
Lelaki berusia 37 tahun itu turut dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api. Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu. Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron dan Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal. Pada 19 Nov tahun lepas, La Ode didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atas kesalahan membunuh Norazita. La Ode turut didakwa atas pertuduhan kedua di bawah Sekyen 3 Akta Senjata Api 1971 yang membawa hukuman gantung sampai mati walaupun orang yang ditembak tidak tercedera.

 Dalam kejadian pada pukul petang 23 Oktober tahun lepas itu, Norazita,37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu pada 11 November tahun lalu, di Johor Bahru. astroawani.com POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP