Penyanyi Adibah Noor mengakui sanggup berhabis wang demi membela sebanyak 34 ekor kucing di rumahnya.
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing-kucing yang dibela.
"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.
"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," katanya kepada mSTar Online pada Selasa.
Tambah Adibah, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah satu penghalang untuk mengingati setiap nama kucing-kucingnya dan boleh mengesan sekiranya salah satu daripada kucing tersebut hilang.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM bakal muncul dengan sebuah album berkonsep duet tidak lama lagi.

0 comments:
Post a Comment