Loading...
Sunday, March 30, 2014

Bukan saja - saja nak pegang Izzue

ADA sahaja kontroversi yang sengaja dicetuskan oleh pelakon Izzue Islam terhadap pasangannya, Anzalna ketika menjalani penggambaran drama berjudul Aku Isterinya baru-baru ini.
Tak boleh sentuhlah, tak boleh tengok mukalah, tak boleh berlakon lebih-lebihlah. Pendek kata, ada saja yang tak kena dengan Anzalna dan kemudian ada saja alasan untuk Izzue mencari kesempatan untuk ‘mengenakan’ wanita itu di lokasi.
Apa sudah jadi? Hal itu kemudiannya dapat dihidu oleh orang luar yang kemudiannya sampai ke pengetahuan pihak media.
Apabila sudah kecoh, ada yang buat spekulasi kononnya Izzue jadi begitu kerana isterinya, Awin Nurin yang dikatakan berada di lokasi sepanjang penggambaran drama itu.
Bukan sahaja pergaduhan, Anzanla juga mengakui bahawa sememangnya berlaku perang dingin antara dia dan Izzue di lokasi.
Tentu sahaja ramai yang mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi. Ini penjelasan Anzalna.
Apa sebenarnya yang berlaku sehingga terjadi perang dingin dengan Izzue?
Saya tak mahu buka cerita mengenai hal ini. Tapi saya akui memang ada masalah timbul semasa di lokasi. Masalah yang saya sendiri tak tahu dari mana puncanya.
Khabarnya Izzue tak suka Anzalna di lokasi? Tak boleh betul-betul menjiwai lakonan sebagai isterinya dalam drama itu?
Entahlah. Saya tak tahu kenapa dia begitu. Sebab sebelum ini nak kata kami tak pernah berlakon sama, bohonglah. Ada dua tiga buah drama yang kami berlakon bersama. Tak ada masalah pun. Kali ini saya pun hairan kenapa dia menunjukkan sikapnya begitu. Saya dikatakan berlebih-lebihan semasa berlakon. Mana ada. Sebagai pelakon, saya diberi tugas untuk melakonkan watak isteri, jadi saya sedaya upaya bawa dengan baik.
Mungkin (lakonan) keterlaluan sangat barangkali?
Tak ada. Saya terkejut juga kenapa isu ini timbul. Kalau ikutkan saya sendiri pun rasa tak perlu berlakon pegang-pegang fizikal. Kalau boleh saya pun tak nak. Cukup dengan cara kita berdialog pun boleh memberi impak kepada lakonan kita. Namun saya buat atas dasar profesional. Bukan saja-saja nak pegang-pegang dia. Saya pun tahu batas saya, dia suami orang.
Adakah Anzalna rasa Izzue jadi begitu kerana statusnya?
Tak pasti. Tapi saya pun bukannya pertama kali berlakon dengan pelakon yang sudah berkahwin. Kami masih tahu batas-batas kami. Tak pernah pula timbul isu atau masalah. Saya tak tahu apa yang bermain di minda dia. Namun seingat saya, Izzue dulu tak begitu orangnya.
Mesti ada punca yang menyebabkan perkara ini terjadi. Agak-agak apa yang Anzalna sudah buat sehingga Izzue melayan anda begitu di set?
Puas saya fikir apa salah saya. Malah saya siap tanya semua orang di lokasi termasuk krew dan jurusolek, apa yang sudah saya buat yang mungkin terlepas pandang. Tak ada apa pun. Kalau di lokasi, saya tak bercakap sangat pun dengan Izzue, dengan orang lain pun sama. Melainkan ketika sedang menjiwai watak Mya Arlissa di depan kamera.
Habis saja, saya buat hal sendiri dan habis penggambaran, saya terus balik. Tak ada masa nak lepak-lepak. Di lokasi pun saya dah penat dengan watak Mya Arlissa. Beritahu saya bila masa saya ada masa nak sibuk hal orang atau nak buat orang sakit hati? Tak ada masa nak reka babak lain di set!
Ada Izzue atau Awin minta maaf secara peribadi dengan Anzalna?

Tak ada pula.
Selepas peristiwa ini Anzalna masih mahu berlakon dengan Izzue?
Dalam soal kerja saya kena profesional. Kalau diberi tugas, saya kena buat. Macam hal yang berlaku ini, saya pun malas nak buka cerita atau nak aibkan mana-mana pihak. Kalau saya tak cakap pun, banyak lagi mata dan saksi yang melihat apa yang berlaku di set. Itu saja yang boleh saya katakan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP