SUATU ketika dahulu, nama Nasha Aziz, 44, cukup menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bekas model tinggi lampai ini mempunyai raut wajah yang cukup cantik.
Justeru tidak hairanlah apabila Nasha berdiri sama tinggi dengan beberapa selebriti cantik lain seperti Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi ketika zaman kegemilangannya.
Namun seiringan usianya, aura dan populariti pelakon Kad Cinta dan Laila Isabella ini semakin pudar. Sementelah kehadiran muka-muka baharu dalam industri seni seakan 'menenggelamkan' lagi nama Nasha Aziz ini.
Meskipun pernah membuat kemunculan dengan membintangi beberapa siri TV seperti Awan Dania dan Supermak, ia bagaimanapun tidak mampu mengembalikan kegemilangannya dulu.
Menyifatkannya sebagai lumrah bergelar selebriti, pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ini bagaimanapun mempunyai percaturan tersendiri.
Akui masih belum sedia untuk 'bersara' sepenuhnya dari dunia lakonan, Nasha kini sibuk menguruskan beberapa bisnes membabitkan bidang kecantikan, fesyen dan korporat, sejak tahun lalu.
"Sebelum ini saya sudah memulakan bisnes membabitkan bidang korporat sejak tahun lalu. Manakala, produk kecantikan dan fesyen pula baharu dimulakan tahun ini.
“Saya juga menceburi bidang rekaan kasut dan sedang bekerjasama dengan seorang pereka muda berbakat," kata Nasha yang turut bergelar duta produk penjagaan kulit Irish Miracle Fashion Cosmetics,
Tunggu 'Mr Right'
Jika ramai artis seangkatannya sudah berkahwin, namun berbeza dengan Nasha yang dilihat masih selesa dengan status bujang.
Meskipun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki termasuklah, Nur Iman Tang, yang pernah menjadi bualan hangat sebelum ini, namun Nasha kini agak berahsia dan enggan mengulas mengenai status mereka.
"Saya tak mahu lagi cerita pasal kisah peribadi. Tapi kalau tanya tentang ciri-ciri lelaki pilihan saya, ketika ini saya sedang menantikan cinta daripada seorang lelaki yang sejati dan ikhlas.
“Tapi masalahnya, kebanyakan ciri-ciri yang ada pada lelaki seperti ini, sudah pun dimiliki orang,” ujarnya.
Masih kekal cantik di usia 44 tahun, Nasha berkata, dia sangat menitikberatkan penjagaan diri. Akui Nasha dia pernah menjalani ujian pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai langkah penjagaan.
“Saya berpotensi untuk menghidapi penyakit berbahaya. Jadi apa yang perlu saya lakukan ialah, memastikan tidur dan senaman yang cukup.
"Selain itu, saya juga ada mengambil suplemen berasaskan kunyit. Suplemen tersebut memang baik untuk sistem pencernaan sekaligus membuang toksin dalam badan,” katanya.
Kembali di pentas teater
Dek minat menebal dalam dunia lakonan, terbaru aktres kelahiran Kuala Lumpur ini telah menerima tawaran membintangi teater Di Bawah Lindungan Ka'abah, yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), pada 9 hingga 18 Mei depan.
Diadaptasikan daripada naskhah hebat nukilan Allahyarham Professor Dr Hamka, teater ini mendapat sentuhan Rosminah Mohd Tahir sebagai pengarah.
Bakal bergandingan bersama pelakon popular Adi Putra, Nasha berkata, dia sangat teruja untuk kembali di pentas teater setelah Lantai T Pinkie (2006) dan Antara (2010).
"Saya terima tawaran ini kerana terlalu rindu untuk membintangi teater semula.
“Bukan tidak pernah ada tawaran lain, namun saya menolaknya kerana tak terkesan dengan naskahnya. Tapi berbeza dengan teater ini yang sememangnya diadaptasi dari naskah hebat oleh Dr Hamka.
"Malah, saya juga sangat mengagumi Kak Rosminah yang saya anggap seperti kakak sendiri," katanya yang akan menggalas watak Zainab.
Selain Nasha dan Adi Putra, teater ini turut dibintangi Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi, Liza Abdullah dan Zila Bakarin.
Optimis untuk menjayakan pementasan itu, kata Nasha bukan mudah untuknya meraih kejayaan tanpa usaha dan kerja keras.
“Saya memang seorang yang mempunyai disiplin yang sangat kuat dalam diri. Mungkinlah kerana saya mempunyai darah keturunan Cina.
“Sebab itulah saya bila melakukan sesuatu saya akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem Bara arahan Datuk Yusof Haslam.
Bukan tak laku
Labels:
Gossip artis malaysia
0 comments:
Post a Comment