Loading...
Monday, March 31, 2014

Skandal Marcella Zalianty


ARTIS MELETOP

Skandal Marcella Zalianty



BEBERAPA keping gambar kemesraan Marcella Zalianty dengan ahli politik Aburizal Bakrie yang tersebar di Internet minggu lalu menjadi tanda tanya banyak pihak.

Gambar berpelukan antara dua figura terkenal itu mengundang spekulasi apatah lagi melihat latar belakang gambar itu yang dipercayai dirakam di dalam kabin kapal terbang.

Gambar yang tidak ada penumpang lain dilihat berdasarkan beberapa kerusi penumpang yang kosong sehingga timbul dakwan mereka menaiki jet peribadi milik Ketua Umum Partai Golkar terbabit.

Ini sekali gus menguatkan dakwaan mengatakan kedua-dua figura awam itu dalam perjalanan untuk satu percutian bersama-sama di Kepulauan Maldives.




Mungkin disebabkan terlalu teruja, bintang filem Bintang Jauh tersebut secara tidak sengaja memuat naik video keindahan Maldives yang terkenal dengan kecantikan pantainya itu.

Walhal sebelum itu mereka merakam gambar memeluk patung beruang secara berasingan dan dimuat naik di laman sosial.

Ada yang mendakwa Marcella mempunyai hubungan istimewa dengan bapa mentua pelakon Nia Ramadhani itu. Ada juga yang membuat cerita bahawa percutian ke Maldives itu adalah ‘bayaran’ atas layanan istimewa Marcella.

Bagaimanapun ibu kepada tiga anak itu mahu pun Aburizal tetap menutup mulut daripada mengulas perkara tersebut.

Kedua-dua mereka seakan-akan bersepakat untuk tidak bercerita tentang perkara itu. Sehingga ke hari ini usaha untuk mendapatkan pengesahan lanjut gagal.

Pun begitu tidak lama kemudian, Setiausaha Partai Golkar, Idrus Marham membuat kenyataan mempertahankan Aburizal.

Katanya perjalanan Aburizal ke Maldives tidak ada kena mengena dengan urusan percutian.

“Semua keluarga Bakrie mengetahui tentang perjalanan tersebut. Foto itu pun nampaknya tidak akan terlalu mengejutkan (keluarga) mereka," kata Idrus lagi.

Marcella yang sebelum ini pernah membuat kenyataan tidak gemar bercuti keluar negara turut dihentam para peminat kerana menganggap dia ‘cakap tak serupa bikin’.



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP