Bekerja sambil makan angin!.Itulah yang dapat disimpulkan dengan percutian pasangan pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ke United Kingdom tanggal 7 hingga 14 Mac lalu.
Percutian pasangan yang juga duta barangan elektrik Seng Heng ini turut disertai seramai 60 orang pemenang pertandingan yang dianjurkan sebelum ini.
Antara lokasi menarik yang sempat diteroka pasangan selebriti ini sepanjang di sana ialah Birmingham, Manchester, Bath dan Stonehenge yang tersenarai dalam tujuh keajaiban dunia.
Secara peribadi, Awal mengakui percutian kali ini lebih bermakna dan seperti bulan madu kedua mereka.
Secara peribadi, Awal mengakui percutian kali ini lebih bermakna dan seperti bulan madu kedua mereka.
SEMPAT berehat berdepan Bath Abbey.
"Maklumlah, sebelum ini kami bercuti hanya berdua saja tapi kali ini 'bertiga' bersama bayi dalam kandungan Scha yang sudah mencecah lima bulan.
"Jika nak diikutkan kami sudah banyak kali bercuti ke London tapi kali ini berbeza kerana ia juga atas urusan kerja.
"Sambil menjalankan tanggung-jawab sebagai duta Seng Heng yang sudah masuk tahun kedua, kami juga mengambil kesempatan bercuti dan berehat selepas penat bekerja.
"Malah, kami tidak lepaskan peluang merakamkan pelbagai pose sebagai kenangan termasuk bersama pemenang di pelbagai lokasi menarik yang diteroka sepanjang percutian ini," katanya.
Ditanya sama ada dia risau dengan keadaan kandungan Scha sepanjang di sana, Awal mengakui perkara itu.
"Pada mulanya, saya bimbang untuk menyertai percutian ini kerana memikirkan kandungan Scha tetapi kami sukar untuk menolak rezeki yang datang.
"Alhamdulillah, Scha dan kandungannya sihat dengan pengambilan vitamin serta suplemen berkaitan sepanjang percutian di sana.
"Kami juga tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan halal kerana banyak restoran halal untuk orang islam di United Kingdom.
"Scha juga pastikan dia mendapat makanan yang berkhasiat untuk bayi dalam kandungan.
"Cuma Scha tidak boleh terlalu aktif dan lasak kerana bimbang ia menjejaskan kesihatan kandungannya.
"Saya pula terpaksa berjalan perlahan sepanjang meninjau tempat menarik di sana kerana kalau berjalan laju, Scha pula akan tertinggal jauh di belakang," katanya.
Bercerita pengalaman menarik, kata Awal, dia dan Scha berpeluang menyaksikan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang beraksi ketika perlawanan badminton peringkat akhir All England di sana.
"Kami berlepas dari Manchester ke Birmingham dan bermalam di sana selama dua hari untuk menyaksikan perlawanan akhir berkenaan.
"Sebelum ini, kami juga pernah menyaksikan pasukan Manchester United beraksi di situ dan kali ini perlawanan badminton pula.
"Ia memang pengalaman menarik yang sukar dilupakan buat kami berdua kerana dapat menyaksikan perlawanan secara langsung dari sana," katanya.
Dapat berita tragedi MH370 ketika di Manchester
Jika artis lain mendapat berita kehilangan pesawat Mh370 ketika berada di tanah air, pasangan Awal dan Scha pula dikejutkan dengan tragedi itu ketika dalam penerbangan ke Manchester baru-baru ini.
Menurut Awal, dia juga berasa gementar bila mengetahui tragedi pesawat MH370 itu ketika masih dalam pesawat ketika itu.
"Kami berlepas ke Manchester dengan penerbangan Emirates dan sudah menghidu berita sejak dalam pesawat lagi.
"Sebaik saja sampai di Lapangan Terbang Manchester, kami terus dapat maklumat lanjut mengenai tragedi yang mendapat liputan meluas media massa di sana.
"Saya dan Scha juga berasa terkilan kerana tragedi itu berlaku ketika kami berada di luar negara dan hanya mengetahui perkembangannya dari saluran BBC News serta laporan media antarabangsa.
"Sukar nak dibayangkan perasaan kami ketika itu kerana setiap kali beli belah di sana termasuk cendera hati untuk di bawa pulang, orang pasti akan bertanya mengenai tragedi itu bila mereka lihat kami pemegang passport Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, kata Awal, dia dan Scha turut mendoakan keselamatan seramai 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH 370 yang masih belum ditemui itu.
"Kami juga berasa simpati kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang terbabit dengan tragedi yang berlaku itu.
"Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan dan tidak putus berdoa.
"Kami juga terus mendoakan yang terbaik untuk pesawat MH370 yang sudah 12 belas hari hilang itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment