Loading...
Thursday, March 20, 2014

Keluarga hampir maut

SEJAK konsert jelajah bintang terkenal Miley Cyrus diadakan pada 14 Februari lalu, sehingga kini, ia tidak terlepas dari pelbagai kontroversi.

Bukan sahaja kontroversi, malah pada Isnin lalu, konsert 'Bangerz' ini ditimpa permasalahan lagi apabila salah satu daripada bas mereka terbakar.

Kebakaran itu berlaku ketika bas berkenaan menuju ke New Orleans, bagi tujuan meneruskan konsert jelajah tersebut.

Walaupun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan, namun kebakaran itu telah memusnahkan kesemua barang dan kelengkapan di dalamnya.

Bas tersebut turut dinaiki ibu serta adik Cyrus, Tish dan Noah Cyrus. Malah, Noah sempat merakam foto bas berkenaan.

Menurut adik kepada pelantun lagu Adore You ini, insiden itu sangat mengerikan dan memberi igauan besar buat dirinya.

"Saya tidak menyangka, umur kami masih panjang kerana bas itu terbakar dengan teruk! Saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh terbakar.

"Malah, semua penumpang selamat dan tiada yang cedera," katanya lagi.

Pun begitu, ketika kejadian, Cyrus sudah berada di New Orleans, dengan menaiki bas yang berlainan.

Seakan tidak mempedulikan kejadian yang berlaku, Cyrus dikatakan sedang bergembira di kelab malam berhampiran kota itu.

Omongan kosong!

Sebelum mengadakan konsert berkenaan, Cyrus pernah tampil di sidang media pengumuman konsert berkenaan dan bercerita serba sedikit mengenainya.

Malah menurut Cyrus ketika itu, ia merupakan konsert yang berfaedah untuk kanak-kanak dan tiada sebarang kecelaruan.

Namun, ternyata kata-kata bekas kekasih Liam Hemsworth ini hanyalah omongan kosong apabila konsert berkenaan dicemari dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya.

Bukan sahaja tampil seksi dan menggunakan persalinan bermotif daun ganja, malah Cyrus juga tampil dengan aksi lucah bersama rakan artis dan penarinya.

Bagi Cyrus, semua itu adalah penampilan dirinya dan ia tidak menjadi masalah buat peminat setianya.

"Saya tidak berminat untuk melihatnya sebagai satu kontroversi yang boleh memudaratkan karier saya.

"Apa yang penting ialah peminat tahu siapa saya dan saya tidak perlu menipu untuk menjadi orang lain," katanya lagi.

Tersenarai dalam kalangan selebriti yang mengambil ganja, Cyrus tidak menyembunyikan aktivitinya itu malah turut berkongsi dengan peminat.

Sebelum ini dia mempamerkan dirinya yang sedang mengisi ganja dalam rokoknya menerusi foto yang dimuat naik di Instagram.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP