Teruja dan gembira apabila ditawarkan terbabit dalam program E! News Asia, pelakon, Lisa Surihani tidak menyangka dirinya bakal menjadi selebriti Malaysia pertama menjayakan program yang ditonton di seluruh dunia itu.
E! News Asia episod istimewa bersama Lisa akan disiarkan pada 30 Mac ini di saluran Astro 712 jam 10 malam selama setengah jam
Mengulas mengenai tawaran berkenaan, isteri kepada pengarah dan penerbit, Yusry Abdul Halim ini berkata, tawaran itu adalah satu penghargaan buat dirinya sebagai anak seni.
“Saya tidak menyangka dipilih pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia dan menganggap ia satu penghormatan terbesar.
“Saya tidak menyangka dipilih pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia dan menganggap ia satu penghormatan terbesar.
Lisa Surihani
“Lebih menarik lagi dalam episod khas ini akan mendedahkan beberapa perkara mengenai diri saya daripada perspektif ahli keluarga dan rakan terdekat yang mana masyarakat di luar tidak tahu,” katanya pada sidang media E! News Asia Special di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Pembangunan Rangkaian dan Pengedaran NBCU Asia Pacific, Ramez Sheikh.
Dalam pada itu, mengulas reaksi suaminya, Lisa berkata, dia juga terbabit dalam sesi temu bual berkenaan.
Sewaktu dia memberitahu mengenai tawaran yang diterima, Yusry juga tidak menolak malah menyokong Lisa untuk menerima tawaran yang diberikan.
“Ketika diberitahu mengenai program ini, Yusry menyokong dan bersetuju untuk terbabit sekali.
“Mereka bertanyakan beberapa perkara mengenai saya, namun Yusry tidak memberitahu apakah soalan yang ditanya itu,” katanya.
Selain Yusry, beberapa rakan artis seperti pelakon Liyana Jasmay, Nur Fazura dan Aaron Aziz turut tampil dalam sesi temu ramah berkenaan.
E! News Asia Special sebelum ini pernah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz dari Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina).
Berlakon filem usaha sama Malaysia - Singapura
Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Lisa berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Sinaran arahan Osman Ali.
Filem usaha sama Malaysia- Singapura itu turut menampilkan pelakon lain seperti Izara Aishah, Evan Sanders dari Indonesia dan Nadiah M Din dari Singapura.
“Saya sekarang sangat sibuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi menjalani penggambaran filem Sinaran.
“Satu kolaborasi yang bagus kerana ia menggandingkan pelakon dari tiga negara. Saya menerima tawaran untuk filem ini kerana tertarik dengan konsepnya iaitu filem muzikal.
“Melalui filem ini banyak membabitkan aksi saya menari. Memang penat kerana hampir lebih 10 tahun saya tidak menari, namun saya puas hati kerana dapat melakukan sesuatu yang jarang saya lakukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lisa juga baru selesai menjalani penggambaran filem Cicakman 3 arahan Yusry.
Berkongsi cerita mengenai kerjasama dengan Yusry, kata Lisa, dia kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan bukan kerana Yusry adalah suami, tetapi sebagai pelakon yang berlakon di bawah arahannya, Yusry adalah seorang yang tegas dan teliti.
“Masing-masing profesional dengan kerja sehingga terlupa dia adalah suami saya. Apabila selesai dengan tugas, baru kami sedar kami adalah suami isteri,” katanya.
Selain berlakon, Lisa turut dilantik menjadi duta beberapa produk seperti Garnier dan Marigold.
Terkini, dia baru saja dilantik menjadi duta produk penjagaan gigi Oral B.
0 comments:
Post a Comment