Loading...
Sunday, March 30, 2014

Kim Suk Hoon dan Lee So Yeon hanya kawan baik. SEBUAH akhbar di Korea melaporkan yang pelakon Kim Suk Hoon, 42, dan Lee So Yeon, 32, sedang menjalin percintaan selepas dipertemukan dalam drama Ruby Ring, tahun lalu. Drama 93 episod, arahan Jun San itu menampilkan mereka sebagai pasangan kekasih menerusi watak Bae Kyung-Min dan Jung Roo -Bi. Khabarnya, Lee So Yeon, pemegang watak Soo-Jung dalam drama The Birth of a Family itu jatuh dengan Kim Suk Hoon kerana peribadi aktor itu yang jujur, selain kacak. Sementara Kim Suk Hoon pula terpikat dengan Lee So Yeon kerana sikap aktres itu yang suka mengambil berat dan ceria. Malah menurut Ilyo Newspaper, kisah percintaan pasangan itu dapat diikuti lebih lanjut dalam majalah Women Sense, edisi April. Bagaimanapun agensi Kim Suk Hoon, Loen Tree dalam satu kenyataan berkata, selepas mendapat kepastian daripada aktor itu, ternyata hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan Lee So Yeon hanya sekadar rakan artis. "Kim Suk Hoon beritahu, hubungannya dengan Lee So Yeon tidak lebih daripada rakan artis kerana berlakon dalam drama yang sama," jelas wakil Loen Tree. Begitu juga dengan wakil Lee So Yeon, Star J Entertainment, turut menafikan kisah yang artis mereka bercinta. Sebaliknya, wakil agensi itu berkata, mereka hanyalah rakan baik. Selepas selesai penggambaran drama Ruby Ring pada Januari lalu, Kim Suk Hoon kini sedang mencari peluang baharu. Sementara Lee So Yeon baharu sahaja selesai penggambaran program realiti We Got Married bersama pasangannya, pemain piano Yoon Ha. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140329/hi_03/Nafi-bercinta#ixzz2xSWe4TCj © Utusan Melayu (M) Bhd

ARTIS MELETOP

Kim Suk Hoon dan Lee So Yeon hanya kawan baik.

SEBUAH akhbar di Korea melaporkan yang pelakon Kim Suk Hoon, 42, dan Lee So Yeon, 32, sedang menjalin percintaan selepas dipertemukan dalam drama Ruby Ring, tahun lalu.

Drama 93 episod, arahan Jun San itu menampilkan mereka sebagai pasangan kekasih menerusi watak Bae Kyung-Min dan Jung Roo -Bi. Khabarnya, Lee So Yeon, pemegang watak Soo-Jung dalam drama The Birth of a Family itu jatuh dengan Kim Suk Hoon kerana peribadi aktor itu yang jujur, selain kacak.

Sementara Kim Suk Hoon pula terpikat dengan Lee So Yeon kerana sikap aktres itu yang suka mengambil berat dan ceria. Malah menurut Ilyo Newspaper, kisah percintaan pasangan itu dapat diikuti lebih lanjut dalam majalah Women Sense, edisi April.

Bagaimanapun agensi Kim Suk Hoon, Loen Tree dalam satu kenyataan berkata, selepas mendapat kepastian daripada aktor itu, ternyata hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan Lee So Yeon hanya sekadar rakan artis.

"Kim Suk Hoon beritahu, hubungannya dengan Lee So Yeon tidak lebih daripada rakan artis kerana berlakon dalam drama yang sama," jelas wakil Loen Tree.

Begitu juga dengan wakil Lee So Yeon, Star J Entertainment, turut menafikan kisah yang artis mereka bercinta. Sebaliknya, wakil agensi itu berkata, mereka hanyalah rakan baik.

Selepas selesai penggambaran drama Ruby Ring pada Januari lalu, Kim Suk Hoon kini sedang mencari peluang baharu. Sementara Lee So Yeon baharu sahaja selesai penggambaran program realiti We Got Married bersama pasangannya, pemain piano Yoon Ha.

0 comments:

Post a Comment

Toggle Footer
TOP