Loading...
Wednesday, March 26, 2014

'Aku Isterinya' Jadi Tajuk Drama Gara-Gara Bahasa Rojak

Pengarah drama iaitu Fairuz Loy akur dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila tajuk asal kisah adaptasi novel tulisan Acik Lana berjudul  Aku Bukan Mistress terpaksa ditukar kepada Aku Isterinya.
Fairuz berkata, campuran bahasa Malaysia dan Inggeris pada judul novel berkenaan adalah alasan utama mengapa ia tidak boleh digunakan kerana tidak mahu menggalakkan penggunaan bahasa 'rojak' dikalangan masyarakat negara ini.
"Biarpun ia memberi sedikit kesan kepada drama ini terutamanya kepada pembaca novel asalnya namun pihak kami akur dengan arahan dikeluarkan oleh pihak kementerian dan memilih Aku Isterinya sebagai tajuk ganti," katanya kepada mStar Online.
Drama 28 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 31 Mac ini.

Fairuz akur apabila tajuk asal drama arahannya tidak boleh digunakan dan terpaksa diganti dengan judul lain.
Fairuz Loy
Aku Isterinya menggandingkan Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai watak utama dan turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.
Dalam pada itu, Fairuz berkata, bagi menjaga sensitiviti masyarakat terutamanya mereka yang beragama Islam, pihaknya turut mengolah dan membataskan beberapa adegan intim yang terdapat dalam novel asalnya.
Dia juga menggunakan kaedah lain selain memberikan gambaran paling hampir kepada adegan intim yang ingin divisualkan kepada penonton.
"Dalam novel asal terdapat banyak adegan-adegan yang menceritakan tentang keintiman dua watak utamanya dan agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk visual kerana ia agak keterlaluan.


Anzalna Nasir
Anzalna memegang peranan utama dalam 'Aku Isterinya'. 

"Bagaimanapun kami mengambil langkah untuk mengurangkan babak berkenaan selain banyak menggunakan bahasa tubuh dan dialog tertentu bagi menggambarkan keadaan berkenaan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan dua pelakon utamanya iaitu Izzue Islam dan Anzalna Nasir yang mempunyai masalah di set penggambaran, Fairuz berkata, dia tidak berhak untuk bercakap bagi pihak mereka namun tidak menafikan ada wujud konflik seperti mana didakwa.
Pun begitu kata Fairuz, baik Izzue mahupun Anzalna mereka memberikan terbaik dan bersikap profesional dalam menyiapkan drama berkenaan yang menjalani penggambaran selama 75 hari.
Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa (Anzalna) yang dirogol oleh bapa saudaranya sehingga menjadi bahan kutukan masyarakat di kampung halamannya.
Dia kemudiannya diselamatkan oleh Mikail (Izzue) semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur pelbagai kejadian berlaku sejak Mya bertemu lelaki berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP