Loading...
Sunday, March 30, 2014

Fadzil Zahari sedia kahwini Yana Samsudin

HUBUNGAN mesra yang terjalin antara adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari dengan Yana Samsudin bukan lagi satu rahsia besar. Bahkan kedua-duanya juga sebelum ini selesa bersama antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Fadzil mengambil pendekatan memberitahu status mereka sebagai teman rapat. Namun dalam masa yang sama jejaka kelahiran Kedah itu tidak menolak jika bertemu jodoh dengan gadis 29 tahun berkelahiran Johor itu.

Mengakui sedang melalui persahabatan teman tetapi mesra selama empat tahun, ia sudah menampakkan kematangan dalam hubungan mereka.

“Saya memang terlalu rapat dengannya. Mungkin jika ada keajaiban jodoh saya dengannya saya tak menolak. Yana seorang yang baik dan memahami,” katanya yang mula berkenalan ketika pengambaran filemRempit V3 yang diarahkan oleh abangnya.

Bagaimanapun, Fadzil berkata, dia tidak mahu terlalu mendedahkan hubungannya kepada umum kerana bimbang salah faham akan berlaku.

Katanya, setakat ini dia masih belum ke fasa yang lebih serius dan masih belum berbincang mengenai perkahwinan dengan Yana.

“Kalau di masa akan datang sudah ditakdirkan saya berjodoh dengannya saya akan terima. Sekarang kami masih diperingkat teman paling rapat dan serasi,” katanya.

Biarpun sudah mencecah umur 31, Fadzil berkata, dia tidak meletakkan komitmen itu sebagai perkara utama kerana kini dia sangat sibuk menyiapkan beberapa skrip filem dan drama tv.
“Saya baharu tubuhkan satu syarikat dan memerlukan komitmen tinggi. Insya-ALLAH lepas syarikat saya dah stabil saya akan fikirkan mengenai perkahwinan, “katanya yang turut mengakui pernah berjumpa dan makan bersama keluarga Yana.

Sebelum ini, Yana pernah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini namun dia tetap berserah kepada jodoh.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP