SIRI Jodoh, yang dikatakan menyamai sebuah rancangan popular benua Eropah, The Bachelor akan menemui penonton dengan siri keduanya.
Musim lalu, Jodoh yang menampilkan Scha Al Yahya dan Dazrin sebagai teraju utama telah mendapat sambutan luar biasa dan melebihi 800 ribu penonton.
Ia sekali gus membuktikan rancangan terbitan stesen berbayar, Astro ini diminati oleh rakyat Malaysia.
Kembali dengan lebih cabaran, siri 13 episod arahan Syed Khairul Fariz ini bakal menemui penonton Astro Ria dan Maya HD (saluran 35), bermula 24 Mac ini.
Jika musim lalu, Jodoh menyaksikan Azlan (Dazrin) menyertai pertandingan jodoh bagi mencari pasangan hidupnya bergandingan dengan Scha Al-Yahya, kali ini cabaran itu terpaksa dilalui Nik Fahmi (Fadlan Hazim), seorang usahawan muda yang menyertai program itu untuk menambah dana perniagaannya. Namun, segalanya menjadi rumit apabila Nik jatuh hati dengan Zara (Hanis Zalikha) yang merupakan peserta Jodoh itu.
Menurut pengarahnya, Syed Khairul Fariz atau lebih dikenali sebagai Khai, bagi kelainan musim ini, dia telah menyuntik elemen yang penuh kejutan agar tidak membosankan penonton.
Malah, kali ini penonton akan lebih rasa teruja melihat cabaran yang perlu digalas oleh 10 peserta lelaki dalam siri ini untuk memenangi 'jodoh' bersama wang bernilai setengah juta.
“Saya pasti kali ini sambutan bagi jodoh ini luar biasa. Baik fasiliti yang ada, scene dan skrip digarap dengan begitu baik sekali, serta gandingan pelakon yang sangat mantap dan serasi," katanya.
Selain Hanis Zalikha dan Fadlan Hazim, siri ini turut dibintangi Jannah Nik (Elle), Alif Aziz (Syed Azmi), Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Ku Hariz (Megat) dan Susan lankaster (Nora).
Pelakon tak popular
Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Khai berkata, walaupun Jodoh 2 dibarisi ramai pelakon generasi baharu termasuklah pelakon utamanya seperti Hanis Zalikha dan Fadlan Hazim, namun ia bukanlah ukuran utama dalam kejayaan drama ini.
Mengagumi bakat yang ada pada mereka, Khai turut memuji latar belakang yang dimiliki kesemua pelakonnya itu kerana kebanyakan mereka pernah mendalami pengajian dalam bidang lakonan.
"Mereka bukan tak ada 'background' dalam lakonan, malah mereka pernah berlakon dalam beberapa drama sebelum ini sebagai watak pembantu.
“Bekerja dengan mereka juga sangat mudah, kerana mereka memahami kehendak watak yang dibawa.
"Bahkan saya percaya, melalui lakonan generasi baharu yang meningkat naik ini, ia akan membantu menaikkan rating rancangan ini kepada yang lebih tinggi,” katanya.
Redah hutan, padang pasir
Seperti mana program realiti, Jodoh 2, turut menitikberatkan konsep, penggunaan prop dan set bagi memenuhi kehendak cerita. Menurut Khai, rumah Jodoh masih menjadi elemen penting dalam siri ini dan konsep serta dekorasi musim ini digarap dengan lebih menarik dan penuh kemewahan.
Jika pada musim lalu menyaksikan peserta wanita menetap di rumah Jodoh, namun berbeza dengan musim ini, kerana ia dihuni barisan peserta lelaki pula.
“Kali ini dah tak susah, kerana sebelum ini kita dah pernah melakukan penggambaran seperti ini. Cuma, ia lebih kepada cabaran berbentuk fizikal.
“Semua pelakon lelaki perlu ketahanan diri yang kuat. Mereka peru menjalani pelbagai aktiviti luar yang mencabar seperti cabaran drift, membuat unggun api dan memasak di dalam hutan serta memakai sut di padang pasir,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, penata seninya, Mohamad Khairul Md Dan berkata, setakat ini, segala idea kreatif dilakukan disambut baik oleh pengarah dan krew terbitan produksi itu.
“Saya menunjukkan kreativiti mencipta set di luar. Kerana kebanyakan hasil kreativiti tertumpu di luar seperti drift dan sebagainya. Ia mencipta cabaran untuk siri Amazing Race, dan saya puas dengan apa yang saya lakukan.
“Saya juga sudah memberikan 100 peratus kreativiti untuk rancangan ini. Diharap penonton berpuas hati dengan rekaan latarnya,” katanya.

0 comments:
Post a Comment