Loading...
Saturday, March 15, 2014

23 Peserta 'Bintang Mencari Bintang' Beraksi Malam Ahad

Seramai 23 peserta akan menunjukkan kehebatan bakat masing-masing menerusi program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) bermula malam Ahad (hari ini).

Barisan peserta-peserta tersebut yang digelar sebagai anak didik terdiri daripada seorang peserta solo dan 11 berkumpulan dimana enam selebriti yang terlibat sebagai sifu akan  mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B.
Menurut Penerbit Eksekutif BMB2, Muhamad Sufian Isa, enam selebriti yang terlibat ialah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.
“Kesemua anak didik ini adalah yang terbaik daripada lebih 1,500 calon yang telah hadir ke sesi uji bakat. Kami sendiri kagum dengan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap program ini. 
"Mereka mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri dan barisan sifu telah melakukan pemilihan dengan amat teliti. Anak didik juga telah memulakan sesi latihan dan persiapan bersama barisan sifu bagi mempamerkan persembahan terbaik di konsert pertama," katanya.
Konsert minggu pertama BMB2 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setia Ahad (bermula hari ini) pukul 9 malam.

bmb
Afdlin Shauki (tengah) bersama anak didiknya kumpulan Ooooo dan Mmmmm.

Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. 
Kemudian pada peringkat kedua, anak didik daripada Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. 
Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhirBMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. 

BMB2 turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B.

Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (undian SMS)  dan 20 peratus (juri awam) iaitu daripada  kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP