Loading...
Wednesday, March 12, 2014

Alyssa ikut adat

MENJELANG majlis perkahwinannya dengan Dude Harlino yang masih dirahsiakan tarikhnya, aktres cantik, Alyssa Soebandono mengakui akan mengikut adat tentu dalam masyarakat Jawa.

Alyssa berkata, bukan sahaja akan mengikut adat Jawa, bahkan dia dan Dude akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut adat Minang juga.

“Papa dari Jawa Timur dan masih kuat dengan adat keluarganya, jadi akan ada beberapa adat masyarakat Jawa yang kami ikuti seperti bersiram sehingga ke majlis pernikahan. Malah kami juga perlu memastikan tidak berjumpa seminggu sebelum majlis mengikut adat Jawa.

“Manakala dalam adat Minang pula, kami akan lakukan ketika majlis resepsi, termasuk memakai pakaian Minang dan akan ada tarian Minang dalam majlis berkenaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP