Kak Pora faham kenapa Apek sedih. Maklumlah, watak superhero tempatan seperti Cicakman dah sinonim sangat dengan Apek, malah menerusi lakonannya itu jugalah dua sekuel filem itu mendapat kutipan boxoffice
Tentulah Apek mengharapkan untuk Cicakman 3, dia diberi peluang lagi dan itulah juga ruang untuk menaikkan semula namanya yang kini agak tenggelam dibayangi pelawak generasi baru.
Namun, kedukaan Apek itu membuatkan Apek bersemangat untuk menerbitkan filem sendiri dengan judul KucingMan. Kak Pora mendapat tahu, Apek mahu terbitkan satu lagi filem adiwira baru untuk bersaing dengan Cicakman. Projek filem KucingMan kini sedang dalam proses perancangan dan Apek sedang mencari rakan kongsi untuk menerbitkan filem itu.
0 comments:
Post a Comment