Tindakan pelakon Nelydia Senrose mengeluarkan sebahagian dari gambar kekasihnya, pelakon dan pengacara Qi Razali dari laman sosial Instagram miliknya menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat ketika ini.
Malah, ada segelintir pihak menyebarkan gosip dengan mendakwa hubungan Nelydia, 19, dan Qi, 37, sudah berakhir baru-baru ini.
Justeru, kehadiran Qi di majlis pelancaran program Kokolog yang berlangsung di Sri Pentas mencuri tumpuan pihak media dan jurugambar yang membuat liputan, baru-baru ini.
Semuanya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini hubungannya dengan Nelydia. Namun, Qi tetap tenang menjawab kemelut dan segala spekulasi melanda hubungan mereka yang hangat diperkatakan sekarang.
Semuanya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini hubungannya dengan Nelydia. Namun, Qi tetap tenang menjawab kemelut dan segala spekulasi melanda hubungan mereka yang hangat diperkatakan sekarang.
Bagi pemilik nama sebenar Qushairi Mohammed Razali ini, apa yang berlaku tidak menjejaskan hubungannya dengan Nelydia.
“Saya dan Nelydia masih lagi sepasang kekasih dan hubungan kami berjalan seperti biasa. Saya percaya Nelydia keluarkan sebahagian gambar kami di laman Instagramnya kerana ada sebab tertentu dan bukan kerana kami bergaduh.
“Nelydia tidak keluarkan semua gambar kerana dia juga mahu menjaga perasaan saya,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan menghalang Nelydia untuk berlakon dengan pelakon kontroversi Sharnaaz selepas ini, Qi menafikannya.
“Saya tak kisah Nelydia nak berlakon dengan siapa pun termasuk Sharnaaz. Saya pun tiada masalah dengan Sharnaaz kerana masing-masing profesional ketika di lokasi.
“Pada mulanya, memang saya cepat melatah apabila isu gambar mesra Nelydia dengan Sharnaaz timbul selepas Sharnaaz memuat naik gambar mereka di Instagram miliknya.
“Namun, selepas itu saya sudah boleh terima dan menghormati kerja mereka kerana ia sekadar untuk mempromosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Saya melatah mungkin kerana tekanan selepas mendapat kemalangan ketika itu,” katanya.
Pada masa sama, kata Qi dia tidak pernah mengongkong Nelydia dalam bidang lakonan.
“Saya melihat karier lakonannya semakin meningkat dan sebagai kekasih saya tidak menghalangnya untuk pergi jauh dalam bidang seni.
Setiap kali dapat tawaran berlakon dia akan berbincang dengan saya, begitu juga sebaliknya. Kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment