PENYANYI dan pelakon Jung Yong Hwa mendedahkan dia menolak tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri popular The Heirs kerana tidak mahu bergandingan dengan pelakon wanita utamanya, Park Shin Hye.
Menurut laporan portal berita Soompi, Yong Hwa enggan berlakon bersama Shin Hye kerana sebelum ini mereka pernah bergandingan menerusi beberapa siri lain dan bimbang penonton akan bosan.
"Saya tidak mahu terus berlakon dengan Shin Hye kerana sudah banyak kami bergandingan bersama. Saya ingin mencuba sesuatu yang baharu pula," katanya.
Park Shin Hye meraih populariti menerusi drama The Heirs.

Bagaimanapun drama bersiri berkenaan tidak begitu mendapat sambutan kerana tumpuan diberikan kepada The Heirs.
Yong Hwa tidak menyesali dengan keputusan yang dibuat dan gembira dengan kejayaan drama tersebut.
0 comments:
Post a Comment