Loading...
Monday, March 3, 2014

Jadi Mangsa Kutuk, Hubungan Adira & Shahrul Disangka Putus

Penyanyi Adira menafikan dia sudah memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin.
Khabar angin itu muncul selepas Adira membuang kesemua gambar-gambarnya bersama Shahrul, 28, di Instagram miliknya beberapa minggu lalu.
Adira, 24, berkata, dia masih lagi berkawan baik dengan lelaki tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah cintanya itu di laman sosial berkenaan.
"Sebelum ini saya dedahkan gambar saya dan Shahrul di Instagram kerana mahu berkongsi aktiviti kami.
"Tetapi apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memberi komen negatif selain menggunakan gambar kami atas tujuan untuk mengutuk, saya mengambil keputusan untuk tidak memuat naik gambar kami lagi," katanya.
Adira ditemui pada majlis sidang media Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafiz di restoran Serai, Lige Centre di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, khabar angin turut mengatakan Adira membuang gambar-gambar kekasihnya di Instagram selepas gosip lelaki itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan aktres Lana Nordin tersebar.
Bagaimanapun Adira menafikan dakwaan itu dan menganggap ia sekadar gosip kosong yang tidak akan merubah perasaan cintanya terhadap Shahrul.
"Memandangkan Shahrul tidak biasa dengan gosip-gosip seperti ini, dia terkejut. Kasihan juga dekat dia dan Lana yang menjadi mangsa gosip. Yang penting saya percayakan dia," tuturnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adira bakal terlibat sebagai artis jemputan pada Minggu Setiausaha berkenaan bersama Hafiz Suip.
Dia juga bakal muncul dengan sebuah album terbaharu salam masa terdekat ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP