Loading...
Wednesday, March 5, 2014

Kak Engku & Sinar Pagi Bantu Ibu Tunggal

Sempena Hari Wanita Sedunia, penyampai radio Sinar FM, Kak Engku (KE), bakal ke udara dari ketinggian 300 meter dari aras tanah bagi mengumpul dana untuk para ibu tunggal, sekaligus merealisasikan impiannya untuk membela nasib ibu-ibu tunggal.
Turut sama dalam misi ini adalah rakan Sinar Pagi, Krill dan Salleh Yaacob. Projek amal ini merupakan kolaborasi bersama Menara KL dan juga persatuan ibu-ibu tunggal di Malaysia.
“Kami memuji dan berbangga dengan Kak engku atas niat dan keinginannya untuk membantu golongan yang memerlukan. Kami di Sinar FM menyokong penuh hasrat murni ini dan berharap lebih ramai lagi akan melakukan perkara yang serupa, " ujar Pengurus Kandungan Sinar FM, Rizal Sahimy.
Dalam pada itu, orang ramai juga dijemput untuk memeriahkan suasana dan memberikan sumbangan kepada program amal ini. Jangan lupa sertai acara ini bersama Sinar FM di Menara KL, pada 7 Mac 2014 dari jam 6 pagi hingga 10 pagi!

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP