Loading...
Tuesday, March 4, 2014

Qi Razali ceriakan hujung minggu anda!

APA kaitan di antara coklat, melancong dan membuat kerja amal? Jawapannya, tentulah Kokolog!

Program terbaharu terbitan Primeworks Studios untuk TV9 (saluran 119), ini pastinya menceriakan hujung minggu anda.

Bersiaran setiap Ahad, jam 10 pagi, program ini turut menampilkan pengacara popular Qi Razali, yang akan mengunjungi tempat menarik, sambil memberi pendedahan mengenai resipi unik menggunakan produk berkaitan koko sama ada serbuk koko, kepingan coklat masakan atau lemak koko.

Penerbit Eksekutif, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, program itu diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada perancangan berterusa LKM untuk mempromosikan penggunaan koko dalam kalangan masyarakat di samping sebagai meningkatkan penggunaan koko tempatan.

"Tujuan program promosi koko di televisyen yang akan dilaksanakan oleh LKM ini adalah untuk mendidik dan menyebarkan maklumat dan fakta yang tepat mengenai Koko, Kegunaan, Khasiat dan Kebaikannya (4K) secara berterusan dan sistematik kepada pengguna tempatan.  

"Segmen memasak dikendalikan oleh hos utama bersama Chef Tamu, iaitu sama ada chef tempatan yang pakar dalam sajian unik setempat atau chef selebriti. Sajian berasaskan coklat ini dibahagikan kepada empat segmen," katanya.

Segmen menarik, kreatif

Bagi segmen tanggungjawab sosial, Wan Sabariah berkata, pihaknya mensasarkan semua peringkat umur dan menerapkan program yang dekat dengan penonton.

"Misalnya, episod kanak-kanak yatim yang mahu mencapai cita-cita menjadi chef, dibantu sehingga mendaftar ke akademi masakan dengan kosnya dibiayai oleh Kokolog.

"Satu lagi elemen program ini ialah kapsul kreatif koko. Matlamat kapsul ini adalah untuk memberitahu umum mengenai kepelbagaian penggunaan coklat dalam kehidupan seharian," katanya.

Ujarnya, satu daripada penggunaan popular coklat ialah sebagai bahan hantaran dalam perkahwinan terutamanya masyarakat Melayu.

"Segmen gubahan barangan hantaran terbukti popular di dalam majalah-majalah wanita dan keluarga.

"Cabaran memaparkan ciptaan gubahan secara langkah demi langkah di tv tanpa membosankan penonton boleh diatasi menerusi kombinasi teknik fast-editing dan text effect, " katanya.

Katanya, selain itu contoh khidmat sosial yang ditampilkan ialah merealisasikan cita-cita seorang anak yatim yang ingin menjadi chef, serta memberi sumbangan kepada artis legenda tanah air iaitu Datuk Jamil Sulong.

"Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai memperingati jasa yang beliau dalam bidang seni tanah air," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP