Loading...
Wednesday, March 5, 2014

Saya bukan perosak rumah tangga Nurliyana - Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya menafi menjadi perosak rumah tangga Nurliyana Abd. Manan seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.
Hanez dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, dia mengenali suami wanita tersebut, Romie Razin Adilha, 34, pada bulan Disember tahun lalu.
Katanya, sewaktu mengenali Romie yang diperkenalkan kepada umum sebagai Mr. R, rumah tangga lelaki itu sudah bermasalah.
"Saya tahu apa yang berlaku terhadap rumah tangga mereka dan saya difahamkan hubungan mereka sudah bermasalah sebelum saya mengenali Romie.
"Kalau saya tahu mereka masih bahagia, saya tidak akan teruskan hubungan tersebut," katanya.
Kata Hanez, sejak Liyana tampil membuat kenyataan di sebuah akhbar, ramai yang mengecamnya.
Liyana dalam kenyataannya itu berkata, tindakan Hanez yang mendakwa suaminya duda telah menguris hatinya yang masih lagi bergelar isteri.
Ekoran daripada kenyataan Liyana, ramai yang menjadikan laman sosial Instagram Hanez sebagai platform untuk mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.
Hanez walaupun sedih dengan segala tuduhan, mahu Liyana tampil membersihkan namanya. -


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP