Shila menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu.
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu.
Shila, 25, berkata, dia sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut untuk berulang-alik dari Beijing ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
"Saya sangat berasa simpati atas kejadian ini dan berdoa agar semuanya selamat, saya merupakan salah seorang penumpang MAS yang sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Insiden ini membuatkan saya terfikir jika itu adalah pesawat yang saya naiki...," tulisnya di laman sosial Instagram pada Sabtu.
Tambah Shila, dia berharap agar mana-mana pihak tidak mempermain dan mempersendakan kejadian tersebut.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.