Loading...
Saturday, March 15, 2014

Tasha Shilla padamkan gambar kekasih

SEMENTARA tengah berkipas panas, pedih mata, tutup segala hidung dan mulut akibat akibat jerebu, Diva tetap pasang telinga kalau ada cerita-cerita panas. Tambah lagi kalau memang dihubungi sumber tetap Diva semata-mata nak ajak bergosip.
Kata sumber Diva, dia baru sahaja dapat maklumat terkini pasal hubungan cinta pelakon sensasi Tasha Shilla dengan pemuda berketurunan Cina, si Hans yang kacak dan handal bertinju itu.
Diva ingat lagi, Tasha dan Hans bukan main intim lagi dan gambar-gambar mereka berdua punyalah dapat banyak 'like' setiap kali dimuat naik dalam Instagram. Diva yang jadi salah seorang pengikut Tasha pun pernah 'like'. kata orang, Tasha dan Hans memang tengah hangat bercinta. Kalau berjauhan, siap muat naik gambar FaceTime lagi tau!
Cuma ada satu situasi yang buat sumber Diva keliru. Sumber Diva itu bukan siapa-siapa, tapi sebab terlalu minat nak tahu kisah artis, dia memang suka geledah, kata orang jadi 'stalker' setiap laman sosial artis.
Nak dijadikan satu cerita, minggu lepas dia perasan kelibat Hans yang selama ini meriah di laman Instagram Tasha Shilla sudah lenyap. Kalau ada pun sekeping sahaja itu pun sipi-sipi terselit muka Hans. Punyalah tak puas hati, sumbar Diva tadi pergi intip lagi laman sosial milik Hans.
Sudah terang lagi bersuluh apabila gambar-gambar mesra bersama Tasha juga tiada dipaparkan di Instagram milik Hans. Tak puas hati lagi, sumber Diva tadi pergilah risik-risik dengan mana-mana sumber lain yang dekat dengan Tasha pula.
Dengarnya, Tasha memang sengaja memadamkan gambar-gambar dengan Hans sebab tak mahu campurkan kisah peribadi dengan karier. Kata Tasha, hubungannya dengan Hans masih berjalan seperti biasa, cuma tak mahu kemesraan mereka jadi tatapan umum. Serik dengan kontroversi atau baharu tersedar agaknya.
Kata sumber Diva tadi, Tasha sekarang sudah ada akaun Instagram kedua. Dalam akaun yang lebih eksklusif itulah, dia akan berkongsi gambar dengan Hans tapi hanya dengan kawan-kawan baik sahaja. Meloponglah peminat nak tengok gambar Tasha dan kekasihnya selepas ini.
Diva: Bekas laki Rita Rudaini dah kahwin, meriah sakan!

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP