Qazem, 41, berkata, pihak produksi sering menggunakan alasan sama iaitu nama mereka tidak dipersetujui pihak stesen walhal mereka baharu sahaja menerima tawaran dengan stesen televisyen yang sama.
"Ini bukan perkara baharu tetapi sudah seringkali terjadi kepada saya dan kawan-kawan artis yang lain, sehingga sekarang ia menjadi seperti satu perkara biasa.
"Bagaimanapun ia harus diselesaikan segera kerana ia menjejaskan periuk nasi kami apabila terpaksa menolak tawaran lain untuk fokus kepada drama tersebut sebaliknya disingkirkan di saat akhir," katanya kepada mStar Online.
Qazem dan Elly ditemui pada satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), di Plaza Damansara, di sini, Rabu.
Tambah Qazem, produksi drama tempatan tidak melalui prosedur yang betul ketika membuat tawaran kepada pelakon menyebabkan perkara itu terjadi.
Sementara itu, bagi Elly Azman, kejadian tersebut turut menjejaskan reputasi dan emosinya sebagai pelakon.
"Kami tidak tahu laluan mana untuk mengadu masalah ini malah kami juga tidak mahu pihak produksi meyenarai hitamkan nama kami dan tidak panggil kami langsung untuk drama mereka.
"Namun tindakan mereka itu memberi masalah kepada kami terutamanya yang menjadikan lakonan sebagai kerjaya utama.
"Jika benar pihak stesen televisyen tidak setuju dengan nama kami, mereka seharusnya memberitahu perkara itu lebih awal," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez akan mengadakan satu perbincangan dengan beberapa pihak dan persatuan penerbit bagi mencari penyelesaian masalah ini.
Katanya, satu kontrak ringkas akan dicadangkan untuk diguna pakai kepada semua ahli persatuan seandainya mendapat sesuatu tawaran.
"Kita akan cuba menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan akan mengaturkan perbincangan dengan beberapa pihak dan persatuan penerbit," katanya.
0 comments:
Post a Comment