Maya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakamannya memberitahu, dia telah berbincang dengan pihak pengurusannya itu agar majlis berkenaan ditangguhkan pada bulan April.
"Saya berasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kejadian itu dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.
"Atas dasar menghormati insiden berkenaan saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album dan persembahan khas yang sepatutnya berlangsung pada akhir bulan ini kepada 1 April depan," katanya.

Pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12,41 pagi.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777 -200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pesawat yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Maya yang kini berada di London memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas menonton berita dan berharap semua pihak dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

0 comments:
Post a Comment