Berada di bawah pihak pengurusan yang sama, ada yang mengatakan artis ini sedikit tersisih berbanding seorang lagi artis wanita. Kisahnya bermula apabila semakin ramai yang mula membandingkan populariti yang diraih Emma Maembong berbanding Kaka.
Bila diberi peluang biasalah orang akan membuat pelbagai andaian tidak berasas, kononnya hubungan rapat di antara Emma dan Zizan menyebabkan peluang yang diberikan kepada Kaka sedikit kurang sekali gus menyebabkan dia kurang menyerlah.
Kalau ikutkan Aida, tiada apa yang perlu dipersoalkan dalam hal ini memandangkan semuanya bergantung kepada nasib. Bagi mereka yang mempersoalkan masalah populariti ini mungkin perlu bagi mereka melihat kembali perbezaan kedua artis wanita ini. Terang lagi bersuluh yang Emma berada dalam dunia lakonan dan Kaka sendiri selesa bergelar penyanyi.
Menjawab soalan ini, kata Kaka, dia yakin rezeki setiap manusia itu berbeza. Walaupun ada yang mengatakan dia kononnya tersisih, Kaka dengan yakin memberitahu pihak pengurusan banyak membantu dirinya.
Mereka banyak bantu saya, sehingga kini juga saya masih selesa untuk diuruskan pihak pengurusan saya.
Saya melihat ini semua sebagai rezeki, jujurnya saya tidak pernah cemburu dengan Emma," katanya.
Nota Lutut : Artis mana berang tidak dapat bayaran lakonan tu?
0 comments:
Post a Comment