Loading...
Tuesday, March 4, 2014

Mon sudah disunting

Bukan merajuk dengan industri hiburan tanah air sebaliknya pelakon filem Bro, Mana Motor Gua?, Mon Ryanti agak menyepi kerana sibuk dengan karier barunya sebagai penyampai radio di stesen Ultra FM sejak empat bulan lalu.
Malah, kata pemilik nama sebenar, Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, dia tidak pernah terfikir untuk bersara dari bidang lakonan yang diminati sejak dulu.
“Sebenarnya, saya agak menyepi kerana agenda yang padat dengan karier sebagai penyampai radio. Namun, saya masih memenuhi unda­ngan berlakon drama dan filem bila ada kelapangan.

“Mungkin sebab saya tidak dikaitkan dengan gosip mahupun kontroversi sebab itu orang fikir saya sudah ‘hilang’ dari industri seni.

“Bagi saya, tidak perlu gosip, mahupun, paras rupa jelita untuk menyerlah kerana apa yang penting bakat yang dipertaruhkan dalam bidang seni,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP