Loading...
Tuesday, March 4, 2014

Tak mahu terlalu teruja

Kesibukan suami selain nasihat orang tua supaya jangan terlampau teruja membuatkan Rozita Che Wan masih menangguhkan hasrat menjalani ujian kehamilan selepas hampir tiga minggu lewat datang haid.

Biarpun berharap rumah tangga bersama Zain Saidin, 30, yang dibina sejak Disember lalu diserikan kehadiran cahaya mata, Rozita atau panggilan mesranya Che Ta hanya berserah kepada-Nya. 


Bukan itu saja, sebelum ini, beliau juga biasa lambat datang haid, membuatkannya lebih selesa menunggu beberapa minggu lagi daripada tergesa-gesa membuat pemeriksaan doktor. 


Terima kasih kepada yang mendoakan kami. Bukan tidak mahu ke klinik, rasanya masih terlalu awal untuk kami berbuat demikian. Kami pun sibuk dengan penggambaran. Saya ada maklumkan (hal ini) kepada Zain minggu lalu. Jadi ketika sambutan hari lahirnya, dia memberitahu tidak mahu apa-apa, selain mendengar khabar gembira (hamil) itu.

Saya tahu suami saya tidak mahu memberikan tekanan. Dia pun faham, malah minta saya tunggu saja rezeki yang diberikan-Nya. Andai berita gembira, ia bukan hanya hadiah terbesar buat suami, malah untuk saya juga kerana ulang tahun saya pada 9 Mac ini, katanya kepada HIP, semalam.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP