Kemunculan Shiqin Kamal menerusi filem Lagenda Budak Setan dulu mendapat perhatian kerana melakonkan watak yang berbeza.
Dia tampil sebagai Emilia yang menjalani pembedahan plastik selepas wajahnya terbakar dalam kemalangan jalan raya. Asalnya watak itu bernama Ayu yang dilakonkan Lisa Surihani.
Keberkesanan lakonan serta wajahnya yang kelihatan agak pelik membuatkan ada yang mengatakan pelakon berusia 23 tahun ini melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan wajahnya.
Hampir tergelak pelakon bernama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal ini mendengar dakwaan itu kerana baginya apa yang ada pada wajah dan tubuh badannya sekarang sudah sempurna.
Hampir tergelak pelakon bernama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal ini mendengar dakwaan itu kerana baginya apa yang ada pada wajah dan tubuh badannya sekarang sudah sempurna.
“Semestinya apa yang ada pada saya sekarang semuanya asli. Saya sudah bersyukur dengan apa yang dimiliki.
0 comments:
Post a Comment