BIAR seribu badai yang melanda, pelakon Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, tetap akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Redzwani Puteri Ismail, 26. Bagi Shahrizal atau Shah Jaszle, Redzwani adalah teman sejiwanya kerana wanita itu memahami segala permasalahan yang dilaluinya.
Dia yang masih menjalani perbicaraan kes khalwat bersama bekas pekerja bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, selepas gagal dalam permohonan representasi bagi mengetepikan pertuduhan berkenaan, mudah terasa jika ada pihak yang cuba memperlekeh tunangnya itu.
Bagi Shahrizal, Redzwani adalah segalanya dan jangan ada pihak yang cuba mempersendakan hubungan itu kerana tiada siapa yang memahami isi hati mereka.
Dek sayang kepada tunangan yang sentiasa menyokongnya, Shahrizal menjadi amat sensitif apabila ditanya soalan yang membawa kepada tuduhan kononya Redzwani membodohkan diri kerana kekal bersama Shah Jaszle walaupun pelakon itu kini berhadapan perbicaraan kes khalwat.
Menurut pelakon drama Bunga April itu, dia tiada kuasa untuk membalas semua kata-kata jahat yang dilontarkan terhadap mereka, selain menjelaskan bahawa cinta dan kasih Redzwani tidak pernah berubah terhadapnya.
Malah kedua mereka juga sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga. P
elakon itu percaya apa yang diharungi selama ini adalah sebahagian daripada dugaan dalam hubungan mereka.
Dia kenal siapa saya dan dia sentiasa berada bersama saya. Dia sendiri melihat apa yang berlaku terhadap saya dan bagaimana timbulnya orang ketiga dalam hal ini ketika hubungan kami masih baik," katanya.
Memuji sikap bakal isterinya itu, menurut Shah Jaszle dalam keadaan kini, Redzwani banyak memberi sokongan buat dirinya.
Menurut peguam saya kes ini akan jadi lebih panjang, saya juga memang sudah bersedia.
Tunang saya sentiasa berada di belakang saya dan dia tidak mudah goyah. Sebaliknya sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya," katanya.
Mengakui dia terkesan dengan kes itu, bagi Shah Jaszle tiada apa yang dapat dikatakan selain untuk membuktikan kesahihan kisahnya.
Dari segi karier saya tidak terjejas sedikit pun, cuma pandangan orang itu memang kita tidak boleh buat apa-apa.
Bagi saya apa sahaja keputusannya nanti saya sudah bersedia. Saya mahu meneruskan kes ini bagi mengembalikan maruah saya," katanya.
Tetap berkahwin
Tidak menolak sudah bersedia melangkah ke fasa perkahwinan dan bagi Shah Jaszle keputusan itu dibuat bukan kerana ingin menutup kes khalwatnya tetapi kerana sudah sampai masa untuk dia melalui kehidupan baharu.
Kalau ikut perancangan, kami sepatutnya berkahwin pada tahun ini, tetapi tunang saya belum habis belajar. Pengajiannya hanya habis pada 2015. Memang niat saya mahu kahwin awal, cumanya belum ada kesempatan buat segala persiapan.
Tiada sebab untuk saya menutup kes khalwat dengan perkahwinan memandangkan saya memang sudah lama mahu kahwin," katanya.
Sementara itu dia kini muncul dalam drama bersiri Dendam Lima Beradik diarahkan oleh Along Kamaludin.
Antara pelakon yang turut menjayakan drama enam episod ini adalah Nasir Bilal Khan, Ana Dahlia, Shukri Yahya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar.
0 comments:
Post a Comment