Loading...
Tuesday, March 4, 2014

Vokalis Kumpulan 100% Sertai Tentera

VOKALIS kumpulan 100% iaitu Minwoo berjanji akan kembali ke dunia nyanyian selepas menamatkan latihan ketenteraan yang disertainya pada penghujung tahun 2015.
Portal Allkpop melaporkan, Minwoo berharap peminat akan terus memberi sokongan kepadanya meskipun dia tidak dapat mengadakan persembahan sepanjang tempoh berada di kem tentera.
"Saya akan kembali dalam keadaan sihat dan berani. Saya akan merindui anda semua, harap kita akan berjumpa lagi," katanya dalam satu entri di laman sosial khas buat para peminatnya.
Dia bakal menjalani latihan tersebut di Uijeongbu di Korea Selatan selama 21 bulan.
Minwoo memasuki pusat latihan tersebut pada Selasa lalu dan dia sempat berjumpa dengan para peminatnya yang menunggu di luar pagar kem berkenaan.
Penyanyi berusia 29 tahun itu kelihatan telah membotakkan kepalanya sebagai salah satu syarat ditetapkan oleh pihak tentera.
Malah ahli kumpulan 100% yang lain turut hadir memberikan penghormatan dan kata-kata semangat kepadanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP