Loading...
Tuesday, March 11, 2014

Tak Sanggup Ditahan Dalam Wad, Ajak (Shiro) keluar Hospital

 Pelawak Ajak (Shiro) mengakui tidak sanggup tinggal di wad dalam tempoh yang lama sepanjang dimasukkan ke wad akibat penyakit denggi Ahad lalu di Hospital Pakar Kluang Utama, Johor.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, dia berasa rimas dengan suasana hospital dan membuatkan dirinya rasa lebih sakit dan keadaan itu membuatkannya meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya pada pagi Selasa.

"Bukan main susah lagi apabila kena tahan di wad akibat denggi. Sejak ditahan, saya minum air dengan banyak supaya dapat sembuh dengan cepat.

"Mujurlah platlet darah saya naik dan doktor memberi kebenaran untuk saya keluar hospital atas jaminan sendiri.

"Dan saya akan menjalani rawatan setiap hari sehingga demam denggi saya benar-benar sembuh," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ajak, sebelum ditahan wad, dia sempat melawat seorang kanak-kanak yang merupakan peminatnya di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

"Sebenarnya doktor mengesahkan saya terkena penyakit denggi pada Sabtu lepas di KL (Kuala Lumpur). Kemudian saya mengambil keputusan untuk masuk ke hospital sekitar Kluang, senang untuk keluarga menjaga saya.

"Tetapi sebelum itu saya ke Negeri Sembilan pada keesokan harinya kerana mendapat tahu seorang kanak-kanak yang sangat meminati kumpulan Shiro sakit teruk sejak sembilan tahun lalu.


"Tanpa ambil peduli sakit yang dilalui, saya gagahkan diri melawat budak itu. Alhamdulillah, seronok apabila dapat membuatkan orang lain terutamanya kanak-kanak gembira. Dan kemudian saya terus ke hospital pada hari yang sama," ujarnya.
 
Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Shahrol.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP