Loading...
Tuesday, March 11, 2014

Retak kerana orang ketiga

Ramai yang simpati sebenarnya dengan pengakhiran kisah cinta John Mayer dan Katy Perry. Terkini, khabarnya ada orang ketiga di sebalik perpisahan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh sumber terdekat Katy Perry kepada wartawan sebuah majalah baru-baru ini.
Menjelaskan perkara itu, Mayer dikatakan telah menjalin hubungan terlarang dengan jurulatih senaman bernama Lauren McHale.
“Mayer sebenarnya bertemu dengan wanita berusia 24 tahun itu di sebuah bar di Los Angeles pada bulan Mei lalu.
“Mayer juga sempat meluangkan masa bersama untuk minum bersama dengan rumah wanita itu," ujar sumber itu.
Tambah sumber itu lagi, mereka tidak pernah tidur bersama tetapi kerap berjumpa dan berhubung melalui telefon selama beberapa bulan.
Sebelum kisah orang ketiga ini diberitahu, ada beberapa khabar angin yang mengatakan mereka berpisah. Ini termasuklah Perry yang dikatakan sudah bosan dengan janji-janji Mayer yang tidak pernah ditepati.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP