Loading...
Thursday, December 19, 2013

Ali Zafar tersenarai antara 50 lelaki paling seksi di dunia.

Ali Zafar antara 50 lelaki seksi dunia

Penyanyi berasal dari Pakistan yang kini menjadi pelakon di Bollywood, Ali Zafar tersenarai antara 50 lelaki paling seksi di dunia. Dia dipilih oleh pembaca akhbar Eastern Eye United Kingdom.
Aktor Pakistan lain turut masuk dalam senarai itu, Atif Aslam yang berada pada kedudukan 22, Fawad Khan (25) dan VJ yang kini bergelar model, Feroz Khan (36)
Manakala aktor Bollywood lain yang turut meraih undian peminat, Shahid Kapoor di tangga keempat, Salman Khan (5), Ranbir Kapoor (6), Sidharth Malhotra (12), Shah Rukh Khan (14), Jay Sean (17), Varun Dhawan (35) dan pelakon drama, Mohit Raina di tangga 50. 

Ali yang berlakon dalam filem Chashme Baddoor dan Total Siyapaa menerima undian paling banyak daripada peminat dari India, sekali gus berjaya menewaskan aktor Hrithik Roshan yang dua kali merangkul gelaran itu.

“Saya sangat gembira dan tidak sangka sama sekali akan termasuk dalam senarai lelaki paling sek­si di dunia. Saya masih tak tahu macam mana saya boleh sampai ke tahap itu. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya,” katanya.

Dengan pencapaian itu, Ali muncul antara selebriti dari Pakistan berjaya mencipta popular hebat di peringkat antarabangsa selepas kejayaan sama dicipta oleh Zayn Malik yang menganggotai One Direction, pemain kriket India ia­itu Virat Kohl dan aktor Sushant Singh Rajput.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP