Loading...
Monday, December 23, 2013

Robin Thicke lelaki paling seksi 2013

PENYANYI Robin Thicke telah dipilih sebagai lelaki paling seksi sepanjang tahun 2013 dalam satu kajian yang dilakukan di kalangan wanita di United Kingdom.

Menurut laporan Daily Mail, kajian tersebut telah dijalankan oleh sebuah persatuan yang dikenali sebagai End Violance Against Women Coalition yang mempunyai 60 kumpulan lain menyertai kaji selidik tersebut.










"Robin dipilih bukan sahaja kerana ketampanan wajahnya tetapi pendirian lelaki tersebut yang enggan mempergunakan wanita untuk mempromosikan muziknya dalam apa cara pun.

"Itu adalah satu perkara yang bagi kami sangat 'seksi' seterusnya dia layak untuk menerima gelaran itu," kata pengerusi persatuan itu, Sarah Green.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP