Loading...
Sunday, December 22, 2013

Idea Ziana Zain dan Rizman Ruzaini

Rizman Ruzaini, sememangnya label fesyen yang tidak asing lagi dalam kalangan selebriti popular tempatan. Malah, ia menjadi jenama cukup digemari seorang diva bergelar ‘fashion trendsetter’ siapa lagi kalau bukan pelantun Madah Berhelah, Ziana Zain.
Kecenderungan Ziana dalam memastikan penampilan sentiasa hebat menyaksikan kolaborasi yang menarik antaranya dan pereka berkenaan. 
ZZ for RR adalah koleksi ‘ready to wear’ hasil paduan idea Ziana Zain dan Rizman Ruzaini yang harus dimiliki anda. 

Menurut Rizman, koleksi ZZ for RR menyasarkan golongan wanita berkerjaya antara umur 25 hingga 45 yang gemarkan gaya feminin dan canggih.

ZIANA (depan empat dari kanan) dan Izara Aishah (depan tiga dari kanan) bersama rekaan Rizman Ruzaini.

“Kolaborasi ini, bertitik-tolak daripada hasil perbincangan sejak enam bulan lalu. Setiap helaian adalah idea bersama Ziana Zain dan Rizman Ruzaini.

“Skema warna diketengahkan adalah hitam, putih, krim dan kelabu. Harga dijual bermula serendah RM299 dan ia hanya akan dipasarkan di www.rizmanruzaini.com bermula Mac 2014. 

“Sementara sesiapa yang berminat untuk membuat pre-order kami akan membukanya pertengahan Januari 2014. 

“Pada majlis ini juga kami melancarkan website terbaru www.rizmanruzaini.com yang membolehkan peminat mendapatkan rekaan daripada Rizman Ruzaini melalui www.rizmanruzaini.com secara online. 

“Koleksi yang dijual menerusi website ini juga harganya jauh lebih murah berbanding label Rizman Ruzaini Creations,” katanya. 

Koleksi pertama yang akan dipasarkan adalah koleksi bridal ‘petals’ yang menampilkan aktres remaja jelita, Izara Aishah sebagai ‘muse’. Kemudian disusuli ready to wear ZZ for RR. 

Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi bridal daripada Rizman Ruzaini hanya akan dipasarkan secara eksklusif di laman web www.rizmanruzaini.com 
Koleksi ini terdiri daripada 12 busana wanita dan tiga busana lelaki. 

“Sasaran pelanggan kami semestinya bakal pengantin yang ingin menggayakan rekaan Rizman Ruzaini dengan harga yang jauh lebih berpatutan. 

“Skema warnanya adalah putih, krim dan pastel kuning serta ‘soft gold’. Harga dibuka bermula serendah RM1,499,” kata Rizman.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP