Loading...
Saturday, December 14, 2013

Dato Siti dapat Cucu

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya yang telahpun selamat menimang cucu pertama mereka semalam.

Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana Dato’ Siti boleh menimang cucu sedangkan penyanyi tersohor negara itu belum dikurniakan anak lagi. Jangan salah faham kerana bayi tersebut merupakan cahaya mata pertama anak lelaki Dato’ K yang bernama Anas Zawawi.

Berita itu telah dikongsikan oleh besan Dato’ Siti dan Dato’ K sendiri iaitu Datuk Seri Hishamuddin melalui laman Twitter dan dikongsikan semula oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.





Untuk pengetahuan anda, Anas Zawawi telah mendirikan rumahtangga dengan anak gadis DS Hishamuddin pada tahun lepas. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan seorang anak lelaki yang comel diberi nama Ayden.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP