Loading...
Sunday, December 29, 2013

Artis hidung tinggi

Walaupun 2013 hampir melabuhkan tirainya, namun kisah sensasi sepanjang tahun ini boleh dikatakan cukup hebat juga. Apapun, SS sudah muak mendengar cerita seorang artis popular ini.
Artis yang nampak sopan dan bersikap terbuka ini, pada SS cukup banyak terpalit dengan kisah sensasi. Apatah lagi, dia juga dilihat begitu mudah memberikan sebarang kenyataan kepada media.
Ibaratnya, tanyalah apa saja mengenai ‘peribadi diriku’ akan dijawab dengan sebaik mungkin. Apa yang pasti, biar masyarakat tahu bahawa dirinya sentiasa berada di tempat yang benar.

SS yang dulunya suka mengikuti perkemba–ngan artis popular ini, kini jarang membaca kisahnya. Bukan benci, tetapi muak dengan sikapnya yang umpama hidung tinggi dan suka cakap besar.

Ada kalanya pada SS berdiam itu lebih baik daripada berusaha mencanang kebenaran diri. Apapun, tepuk dada dan tanyalah selera. Pada artis popular ini, SS memang doakan semoga dia bersabar.

Bahkan, diharapkan pada tirai baru 2014 pula pastinya artis ini takkan muncul lagi dengan kisah sensasi. Bukan apa, semoga jadikanlah pengalaman itu pengajaran hidup yang terbaik.

Tidak kisah sama ada ia kenangan manis ataupun pahit. Paling utama, hidup perlu diteruskan dan perlulah lebih ke arah positif supaya kehidupan menjadi lancar serta sempurna.


SS: Pengalaman adalah ‘cermin kehidupan’ terbaik untuk manusia lebih matang dan bersedia.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP