Loading...
Tuesday, December 24, 2013

Leez af4 bertunang diam2 jer

PASTI ada yang sudah tahu tentang majlis pertunangan yang terjalin antara vokalis kumpulan Drama Band, Aepol dengan bekas peserta Akademi Fantasia 4 iaitu Leez pada 11 Disember lalu. Cuma, Mizz Lahar agak sedikit terkilan dengan sikap Leez yang seperti mendiamkan diri berhubung pertunangannya itu.
Baru-baru ini, rakan Mizz Lahar, Santarono cuba menghubungi Leez dan ingin meminta penjelasan lebih lanjut daripadanya tentang hubungan cinta yang terjalin antara dia dan Aepol.
Bagaimanapun, setelah dihubungi berkali-kali serta menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) dihantar, langsung tiada respons daripadanya.
Hendak kata salah nombor, menurut Santarono, dia memperoleh nombor telefon bimbit Leez daripada Aepol sendiri, jadi mustahil pula kalau salah nombor.
Dalam hal ini, Mizz Lahar rasa agak pelik dengan tindakan Leez yang seperti enggan berkongsi tentang pertunangannya itu. Kalau dia merasakan pertunangannya itu sesuatu yang peribadi untuk dikongsi, Mizz Lahar nasihatkan supaya dia tidak perlu lagi jadi artis dan cuba sahaja cari pekerjaan yang lain.
MIZZ LAHAR: Dengarnya ada seorang kakak kepada pelakon popular ini gila glamor dan suka mendampingi ramai artis.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP