Loading...
Tuesday, December 24, 2013

Salima AF3 Tak Kisah Pon Jadi Isteri no 2

SUDAH agak lama tidak mendengar cerita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Salima Habibi, tiba-tiba tersebar cerita yang mengatakan, dia sudah berumah tangga baru-baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar di internet.
Sesuatu yang menarik tentang perkahwinan tersebut, Salima dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang pendakwah Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre yang sudah mempunyai tiga orang cahaya mata bersama isteri pertama.
Bertemu dengan Salima ketika majlis pelancaran Raudhah Program 2014 pada Isnin lalu, Salima tidak menyembunyikan perkara tersebut dan memberitahu, majlis perkahwinannya itu berlangsung pada 30 November lalu di kediamannya di Ipoh, Perak.
Menurutnya, tidak ada apa yang perlu disembunyikan tentang perkahwinannya itu dan dia tidak kisah dengan status sebagai isteri kedua.
Kosmo! : Boleh komen tentang perkahwinan anda yang berlangsung baru-baru ini?
SALIMA: Dalam hal ini, saya tidak ada masalah untuk mengaku, tetapi tidak semua yang boleh saya jelaskan demi menjaga hati keluarga dan mengelakkan daripada timbul sebarang fitnah.
Memang benar yang kini saya sudah bergelar isteri setelah mendirikan rumah tangga dengan suami yang merupakan seorang pendakwah. Tentang status saya, memang benar saya isteri kedua.
Bagaimanakah perkenalan anda dengan suami boleh terjadi?
Semuanya bermula kira-kira sebulan sebelum perkahwinan apabila ustaz yang mengajar saya bersama kumpulan Usrah Fitrah memberitahu, ada seorang lelaki yang mahu memperisterikan saya. Sebenarnya, saya langsung tidak mengenalinya dan dia merupakan rakan kepada ustaz berkenaan.
Apabila diberitahu berkenaan perkara tersebut, sudah tentu saya agak terkejut dan meminta masa untuk berfikir dulu sebelum membuat sebarang keputusan.
SALIMA mengaku perkahwinannya dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre mendapat restu isteri pertama pendakwah bebas itu.


Selepas itu apakah yang anda lakukan?
Saya telah melakukan solat sunat istikarah dan kemudian pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa saya bagi memberitahu perkara sebenar. Apa yang mengejutkan keluarga terus menerimanya dan lantas saya memberikan persetujuan. Sebulan kemudian kami terus berkahwin.
Apakah yang menyebabkan anda menerimanya sebagai suami, meskipun sudah tahu yang anda bakal menjadi isteri kedua?
Saya bersetuju untuk berkahwin kerana saya memang mengimpikan seorang lelaki yang mampu membimbing saya untuk menjadi seorang isteri yang baik dan taat kepada perintah agama. Tentang status sebagai isteri kedua pula, saya tidak kisah kerana jodoh dan pertemuan itu sudah ditakdirkan oleh Allah. Menariknya, kebanyakan rakan-rakan saya tahu bahawa sebelum ini saya mengimpikan untuk menjadi isteri pertama, tetapi akan memberi kebenaran sekiranya suami ingin berkahwin lain. Tiba-tiba tidak sangka pula saya kini bergelar isteri kedua dan saya anggap ia sebagai satu ujian yang harus dilalui.
Bagaimanakah pula hubungan anda dengan madu?
Setakat ini hubungan kami berdua baik, cuma saya tidak boleh mendedahkan statusnya. Lagipun beliau yang memberi restu kepada suami untuk mengahwini saya. Kini, apa yang perlu saya lakukan ialah menjadi seorang isteri yang baik, bertanggungjawab dan bertimbang rasa serta perlu memahami yang status sebagai isteri kedua.
Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang memandangkan sudah lama tidak muncul di kaca televisyen?
Kalau menceritakan tentang karier nyanyian saya sudah berhenti daripada menyanyi sejak setahun lalu, kecuali saya akan menerima undangan untuk membuat persembahan lagu-lagu yang berbentuk keagamaan. Selain itu, saya juga bertindak sebagai penyampai di stesen radio IKIM FM secara separuh masa dan mengelolakan segmen Warna Pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP