Loading...
Tuesday, December 17, 2013

Kristern Steward ader boyfriend baru

HOLLYWOOD belum pernah berhenti melaporkan tentang pasangan Kristen Stewart dan Robert Pattinson. Kisah cinta putus-sambung-putus dan sambung mereka juga hampir malas untuk diikuti.

Berita terkini tentang mereka yang menarik perhatian semula ialah apabila Stewart dan Pattinson dikatakan telah berbaik semula.
Namun, hal yang mengejutkan terjadi apabila Stewart menolak pelawaan aktor itu untuk menyambut perayaan Krismas bersamanya di London.
Ia menjadi berita hangat kerana pemerhati beranggapan, sebagai pasangan kekasih, menyambut perayaan penting seperti Krismas memang satu perkara yang tidak patut dilepaskan.
Selepas diselidik, beberapa pemerhati mula mengaitkan penolakan Stewart itu dikatakan kerana dia kini mula tertarik dengan hero di dalam filem lakonan bersama mereka, Lane Garrison berjudul Camp X-Ray.
Ini kerana, sebelum ini, Lane dalam satu temu bual mengaku begitu teruja kerana dapat menghabiskan banyak masa bersama aktres tersebut selepas waktu penggambaran tamat.
"Kami menghabiskan banyak masa bersama. Anda tahu, dia seorang atlet yang hebat. Dia cukup handal bermain golf dan bola keranjang. Kami gembira bersama," ujar Lane.
Malah, satu sumber turut memberitahu Stewart kerap mengajak Lane ke kediamannya.
Ujar sumber tersebut: "Lane tidak mempunyai rumah di Los Angeles. Jadi Stewart mengajak dia datang ke rumah dan tidak perlu menyewa di hotel lagi."

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP