Loading...
Sunday, December 29, 2013

Neelofa takut tidor sorang

Mahu kakak bantu pantau, sambung pengajian di LA 

Bukan tidak pernah berpisah dengan insan tercinta atau keluar daerah dalam tempoh panjang, cuma pemergian kali ini menimbulkan kegusaran buat Neelofa. Siapa sangka, gadis jelita ini takut tidur sendiri
Malah, dia mengakui masih belum dapat membayangkan hari mendatang yang bakal dilalui sendirian di kota asing seperti Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, yang penuh warna warni. 


Lofa memang takut, lebih lagi bila kena tidur seorang. Bukan tak biasa tinggal di asrama tetapi LA bukan macam Kuala Lumpur. Andai ada kamera, kakak boleh pantau masa saya tidur” Neelofa, Pelakon

Sebagai persediaan, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 24, ini berkira-kira mendapatkan sebuah gajet seakan kamera kawalan litar tertutup (CCTV) bagi memantau tidurnya di kediaman yang bakal dihuni selama sebulan bermula 2 Januari 2014.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP