Loading...
Tuesday, December 31, 2013

Gambar Comolot tutup kontroversi

Siapa yang tidak mengenali pasangan ‘Power Couple’ ini.

Kebahagiaan Marion Caunter dan SM Nasaruddin sekeluarga tidak perlu dipertikaikan lagi lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua puteri comel mereka, Leia dan Lana.

Namun, baru-baru ini terdapat gosip mengatakan sang suami ada mempunyai skandal dengan seorang selebriti cantik.

Seakan-akan mahu menunjukkan keutuhan rumah tangga mereka masih lagi berjalan seperti biasa, romantis seperti dulu, Marion sempat memuat naik gambar cium mulut bersama Nasa di laman Instagramnya, pagi tadi.

Mungkin dengan perkongsian gambar ini, Marion mengharapkan orang di luar sana tidak lagi membuat gosip-gosip liar berhubung rumah tangganya.

Untuk makluman, mereka sekeluarga kini sedang bercuti akhir tahun di negara jiran, Singapura bersama-sama ahli keluarga Marion yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP