Loading...
Friday, December 27, 2013

Artis Kahwin Cerai 2013

Bercerita mengenai jumlah kes cerai dalam kalangan selebriti tempatan tahun ini berbanding tahun lalu, jumlahnya berkurangan. 
Noniswara & Datuk Rosman Ridzwan 
Berkahwin: 31 Julai 2009
Cerai: 18 Julai 2013

Pelakon Noniswara Baharudin sah bercerai secara taklik dengan suaminya yang juga ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membayar RM10 sebagai syarat lafaz taklik.


Noniswara, 44, memohon cerai taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas permohonan cerai secara baik yang difailkan Februari lalu tidak dapat dilakukan berikutan keengganan Rosman, 56, hadir ke mahkamah.

Perceraian kali ini adalah kali kedua buat pelakon berkenaan yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertama. Punca perceraian mereka dipercayai angkara orang ketiga.

Noniswara bernikah dengan Rosman yang sebelum itu berstatus duda lima anak pada 31 Julai 2009 dan majlis persandingan mereka diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.


Noniswara & Datuk Rosman Ridzwan

Berkahwin: 31 Julai 2009
Cerai: 18 Julai 2013

Pelakon Noniswara Baharudin sah bercerai secara taklik dengan suaminya yang juga ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membayar RM10 sebagai syarat lafaz taklik.

Noniswara, 44, memohon cerai taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas permohonan cerai secara baik yang difailkan Februari lalu tidak dapat dilakukan berikutan keengganan Rosman, 56, hadir ke mahkamah.

Perceraian kali ini adalah kali kedua buat pelakon berkenaan yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertama. Punca perceraian mereka dipercayai angkara orang ketiga.

Noniswara bernikah dengan Rosman yang sebelum itu berstatus duda lima anak pada 31 Julai 2009 dan majlis persandingan mereka diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.


Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Berkahwin: 25 Februari 2008
Cerai: 5 September 2013

Mendahului carta penceraian selebriti tempatan yang paling hangat dan kontroversi tentunya membabitkan dramatis Rita Rudaini Mokhtar, 37, dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008, namun keharmonian rumah tangga mereka berantakan pada tahun kedua perkahwinan.

Selepas sekian lama perkahwinan mereka tergantung dan memaksa turun naik mahkamah, Aidil akhirnya menceraikan Rita dengan talak satu hanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada 5 September lalu.


A Aida & Suffian Sulaiman

Berkahwin: 20 April 2007
Cerai: 2 Mei 2013

Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penerbit A Aida, 41, akhirnya berpisah dengan suaminya Suffian Sulaiman, 44, dan mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu.

Sebelum ini Aida memfailkan perceraian tertangguh apabila Suffian dikatakan membuat beberapa tuntutan yang dianggap Aida sebagai ‘keterlaluan dan melampau’.

Ekoran masalah itu, Aida memfailkan fasakh (isteri menceraikan suami) di mahkamah pada 2 November 2012.

Namun apabila perceraian secara baik berjaya dilakukan, Aida menarik semula permohonan fasakh.

Mahkamah juga memberi hak penjagaan kekal anak lelaki mereka iaitu Muhammad Rahul, 4, kepada Aida. Mahkamah turut bersetuju dengan permohonan Aida untuk memberi sebuah rumah yang didaftarkan secara bersama dengan Suffian kepada anak lelaki mereka itu.


Rumah tangga Douglas-Zeta Jones punah

Bukan saja selebriti tempatan, kisah perceraian artis antarabangsa juga menjadi bualan ramai peminat industri hiburan di seluruh dunia.

Antara yang menarik perhatian ialah perceraian bintang jelita Catherine Zeta-Jones dengan Michael Douglas serta bintang Bollywood, Hrithik Roshan dan isterinya, Suzanne.


Catherine Zeta-Jones & Michael Douglas

Berkahwin: 18 November 2000
Cerai: Pertengahan 2013

Aktres jelita, Catherine Zeta-Jones dan suaminya, Michael Douglas, sah bercerai sejak musim panas lalu.

Sebelum ini, Jones, 43, pernah menafikan kemelut rumah tangganya, namun perkahwinan selama 12 tahun itu akhirnya gagal diselamatkan lagi.

Perceraian itu dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan Douglas, 68, yang semakin teruk. Pasangan terbabit mempunyai dua cahaya mata iaitu Dylan Michael, 13, dan Carys Zeta, 10.


Hrithik Roshan & Suzanne

Berkahwin: 20 Disember 2000
Cerai: Disember 2013

Saat menunggu hari untuk meraikan ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka, aktor kacak, Hrithik Roshan dan isterinya Suzanne mengumumkan mereka sudah berpisah awal Disember lalu.

Pasangan itu berpisah kerana tidak lagi mempunyai persefahaman dan rasa cinta. Sepanjang hampir 13 tahun perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Hrehaan, 7, dan Hridhaan, 5.


Orlando Bloom & Miranda Kerr

Berkahwin: 2010
Bercerai: Jun 2013

Teka-teki berhubung status perkahwinan bintang Pirates and The Carribean, Orlando Bloom dan supermodel terkenal, Miranda Kerr akhirnya terjawab apabila Orlando membuat pengakuan mereka sudah berpisah sejak enam bulan lalu.

Perkahwinan singkat mereka itu dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Blanchard Copeland Bloom.

Penyebab tenggelamnya bahtera rumah tangga Orlando memang belum begitu jelas.

Malah, Miranda mendakwa mereka pernah berpisah pada Januari lalu.

Bagaimanapun pasangan sepadan itu berjanji untuk menghormati antara satu sama lain meskipun sudah berpisah.


Khloe Kardashian & Lamar Odom

Berkahwin: 27 September 2009
Cerai: Disember 2013

Status rumah tangga pasangan selebriti Hollywood, Khloe Kardashian dan suaminya Lamar Odom akhirnya terjawab apabila bintang realiti ini memfailkan perceraian selepas empat tahun hidup bersama.

Dalam permohonan cerai yang dibuat pada 13 Disember lalu, perbezaan yang tidak dapat diselesaikan menjadi sebab perpisahan berkenaan. Malah, dia tidak akan meminta bantuan kewangan dan turut menghalang Lamar memfailkan perkara yang sama daripadanya.

Selain itu, Khloe juga membuat permohonan untuk membuang nama Odom daripada namanya. Pasangan ini berkahwin pada 27 September 2009 selepas berkenalan selama sebulan.


Kris Jenner & Bruce

Berkahwin: April 1991
Cerai: Oktober 2013

Dalam sibuk membantu anaknya, Khloe Kardashian menyelesaikan masalah perkahwinan, Kris Jenner rupa-rupanya sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan suaminya, Bruce.

Selepas 22 tahun hidup bersama sebagai suami-isteri, pasangan ini akhirnya berpisah Oktober lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka selama tempoh itu dikurniakan dua cahaya mata Kendall, 18, dan Kylie, 16.

Kris juga mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan mendiang suaminya, Robert Kardashian iaitu Kourtney Kardashian, Kim Kardashian, KhloÈ Kardashian Odom dan Rob Kardashian.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP