Loading...
Tuesday, December 17, 2013

Nabil over jadi Pengacara AIM 2013

Cara kendalikan AIM20 dikatakan tak sensitif, main sedap mulut saja

Laman sosial malam Sabtu lalu meriah dengan pelbagai komentar mengenai acara kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20). Ketika sebahagian peminat memuji majlis itu, tidak kurang juga yang mengeji.


Antara komen negatif yang ditulis kebanyakannya terarah kepada perasaan tidak puas hati mereka terhadap gaya pengacaraan Nabil, yang didakwa tidak sensitif dan main sedap mulut saja saat berkata-kata.
Untuk mengelakkan penonton bosan, saya, Aznil dan Astro sebagai penyiar rasmi berhempas-pulas mencari idea yang menarik buat penonton” Nabil, Pelawak/pengacara


Pelawak yang digandingkan dengan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, bukan saja dikecam penonton acara berkenaan, malah ada rakan artis menganggap dirinya tidak sesuai untuk mengendalikan acara yang mengangkat martabat industri muzik tanah air. Lawaknya yang banyak mempersendakan artis lain dianggap mencemarkan prestij yang selama ini cukup sinonim dengan AIM.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP