Loading...
Thursday, December 19, 2013

Kkim Tiru Kate tapi lagi cantik kim

Kedua-duanya terkenal di dunia, menjadi ibu buat kali pertama musim panas lalu dan nama mereka bermula dengan huruf K tetapi setakat itu sajalah persamaan antara Kate Middleton dan Kim Kardashian.
Duchess of Cambridge dan wa
Kate, 31, yang ramping meraih kemasyhuran di peringkat antarabangsa menerusi kisah cintanya dengan Putera William dan dilihat agak pemalu di depan kamera, manakala Kim, 33, yang menggoda mulai terkenal melalui pita seks, selain turut mengheret seluruh ahli keluarganya yang memang dahagakan perhatian

Namun, jelas sekali melalui foto berikut bahawa Kim yang meniru gaya diraja Kate dengan pelbagai kejayaan berbeza yang diraih. 

Semua gaya Kate ialah mengenai keanggunan dan seleranya, manakala pakaian Kim lebih kepada pemaparan imej seksi yang menampilkan baju ketat, sendat dan singkat. Bagaimanapun, tidak dinafikan yang gaya pakaian diraja itu mempengaruhi keluarga selebriti nombor 1 di Amerika itu.

Sekurang-kurangnya Kim dapat menewaskan Kate dalam satu hal. Dia melahirkan anak perempuannya, North hasil hubungan dengan Kanye West pada Jun, manakala Kate dan suaminya William perlu menunggu hingga bulan berikutnya untuk kehadiran Putera George ke dunia.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP