Loading...
Saturday, March 15, 2014

Hamil usia 41 tahun

Ini merupakan berita hebat. Hanya selepas empat bulan, kini pelakon cantik Rozita Che Wan mengumumkan dia sudah mengandung anak pertama hasil perkahwinan dengan suami kacak, Zain Saidin. Memilih laman Instagram sebagai lokasi memecah berita penting ini pada Isnin lalu, ternyata khabar gembira ini juga menjadi hadiah hari lahir paling menggembirakan buat Che Ta sendiri pada tahun ini.
Bagi Che Ta sendiri selepas 16 tahun ini merupakan antara momen penting buat dirinya untuk mengandung kembali. Di kala umurnya sudah menjangkau 41 tahun sudah tentu ada yang berbeza dari kehamilan terdahulunya. Joyah juga percaya pasti ramai yang mahu melihat kehadiran anak pasangan ini. Ibunya cantik dan ayahnya ada darah kacukan Inggeris, macam mana lah rupa anak itu nanti ya. Joyah sendiri tak sabar. Hamilnya Che Ta juga memberi harapan baru kepada sebahagian besar wanita yang seusianya. Usia tidak menghalang untuk berkahwin dan mengandung lagi, kalau kesihatan kita terjamin terpelihara. Che Ta bukti hidupnya tau!
\

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP